Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Undang-Undang Pelik@Lain Dari Yang Lain part 1..

                  Di seluruh dunia terdapat beberapa undang-undang yang mungkin bagi kita sedikit pelik@lain dari yang lain yang telah diamalkan selama bertahun-tahun yang tidak pernah kita dengar sebelum ini yang mana sesetengahnya membuat kita tertanya-tanya kisah disebaliknya sehingga ianya digubal menjadi larangan..antaranya.. 1) Di Victoria , hanya seorang juruelektrik yang berkelayakan sahaja dibenarkan untuk menukar lampu ( light bulb )..jika seseorang yang tidak berkelayakan didapati menukar lampu sendiri,ia adalah dikira menyalahi undang-undang dan dikenakan denda sehingga 10 dolar australia..

Kenali Si Pembohong...

 Pernahkah anda ditipu,tertipu dan menipu?....ditipu atau dibohongi mungkin perkara yang sering terjadi pada kita..namun tiada siapa pun yang suka atau mahu dibohongi..mari kita kenali lebih lagi ciri-ciri seseorang yang sedang menipu/berbohong..       Cara mudah mengesan seseorang itu berbohong, yang pertama adalah melalui ekspresi muka..biasanya  micro-expression  seseorang yang sedang berbohong akan menunjukkan emosi dan tekanan ( distress ) dicirikan dengan menarik kening ke atas ke arah tengah dahi seperti gambar di bawah..

Bukan Cerita Dongeng : Berat Bahu Yang Memikul

                   Kisah seorang suami yang setia menjaga isterinya yang terlantar sakit berbulan-bulan di hospital. Seawal jam 6 pagi si suami sudah bangun untuk memandikan isterinya di atas katil dengan bantuan misi-misi yang bertugas. Si suami kemudian menyuap si isteri perlahan-lahan sarapan yang dibekalkan hospital. Setiap hari rutin yang sama sejak 3 bulan si isteri masuk wad dan tidak mampu bergerak. Walaupun tiada senyuman pada wajah si suami, namun beliau tidak pernah mengeluh.                                                                      Selesai memandikan dan memberi sarapan pada si isteri,si suami menghilangkan diri selama hampir satu jam sebelum

Hilangkan Jerawat Batu Dengan Bawang Putih

       Kesibukan waktu bekerja mahupun belajar kadang kala menyebabkan kita menjadi kurang peka dengan penjagaan kebersihan muka. Minyak dan debu mahupun kekotoran pada muka selain dari peredaran hormon dan tekanan seringkali menjadi penyebab kepada musuh utama remaja iaitu jerawat.