28.6.19

Eksperimen Tudung Instant Awning Muka Bawal

      Gaiss ada tak korang kat sini yang suka pakai tudung bawal bukan sebab minat tapi sebab bila korang pakai tudung sarung/ instant muka/ bentuk muka/ rupa korang berubah 360 darjah??..kalau ada,kita geng!

     Sha suka pakai tudung bawal kalau nak dibandingkan dengan tudung instant..walaupun kadang-kadang step-step nak bentuk part muka tu ambik masa up to 15 minutes. Sha tak suka + jarang sangat pakai tudung instant sebab bila Sha pakai tudung istant muka berubah from 29yrs old to 41!..serious tak ngam..mungkin faktor bentuk muka kot..tapi Sha tak keseorangan,ada juga member-member yang mengalami situasi macam ni. Lagi-lagi tudung instant jenis "soft awning", tersembul tulang pipi muka Sha jadi sebesar talam.

     Thats why Sha create awning tudung yang bila korang pakai muka still nampak macam pakai tudung bawal...sekarang awning jenis scuba bertulang tengah hot di pasaran..tapi untuk  tudung kami di B'princess hijab by Sha batch yang akan datang iaitu batch yang ketiga kami akan menggunakan material tambahan pada awning tersebut...
    Batch yang latest ni belum lagi dipasarkan kerana masih dalam percubaan dan menunggu feedback dari beberapa orang pelanggan tetap kami yang kami beri secara percuma untuk tujuan "eksperimen"tudung tersebut. Kenapa perlu ada tempoh percubaan/ Eksperimen?..sebaaaaab so far belum ada lagi orang/ seamstress / founder yang buat tudung instant ber"awning" yang menggunakan material yang kami gunakan...so Sha tak nak ada pengguna yang rasa tertipu atau tidak berpuas hati dengan hasil air tangan kami...for record..batch pertama dan kedua tudung (limited)  kami dapat feedback yang baik dari customer...
     ok laaaa panjang pulak mukadimah....kali ni Sha belanja gambar-gambar contoh tudung instant batch ketiga yang masih "in construction" yang bakal kami keluarkan . 


fokus pada awning


       Ini yang first sekali Sha jahit menggunakan awning scuba bertulang + material tambahan which is "secret recipe" kami. Untuk body tudung kami kekalkan material sebelum ini, kain jenis lembut,sejuk dan tahan lasak...so amacam part muka tu?...bawal sangat kan!...sadly yang ini is a total failure!..pakai sekali nampak elok terletak,bila sarung muka terus terbentuk..TAPI bila basuh menggunakan mesin basuh, ..Hancur..terburai part awning tu. Mungkin sebab material tambahan yang Sha letak dalam tu tak dijahit dengan teliti. So masa tu Sha realised jahit kena fokus pada bahagian awning. Takes time actually untuk Sha figure out solution supaya material tambahan tu jadi lebih tahan lasak.


finally...berjaya






    Akhirnya..dapat solution,buat pembetulan dan try pakai!..Ok menjadi!...sendiri buat "prototaip", sendiri pakai hihi..nak post gambar orang lain nak kena mintak kebenaran bagai...final outcome ni is a success laaa bagi kami...Sha dah try buat macam-macam kat tudung ni...gosok awning,campak dalam mesin basuh berkali-kali,rendam dengan clorox,pakai masa jemputan open house raya..so far awning tu maintain..so tunggu feedback dari yang lain pulak then insyaAllah kami proceed ke step yang seterusnya...ohh ya ini bukan hard awning, tapi soft awning yang korang boleh gosok/iron.


"sports hijab"



      Juga akan terdapat dalam bentuk/jenis "sports hijab"/tudung sukan..awning yang sama tapi body tudung menggunakan material jersey...tak panas,tak jarang dan sangat ringan.Sesuai untuk aktiviti lasak.
   
         Plan lepas ni ,kalau feedback ok,kami akan proceed kepada next step iaitu "clonning process" hihi...kalau ada yang berminat nak jadi dropship mungkin boleh hubungi kami for booking. 

*****  p/s   Agak-agak kalau Sha nak buat GA nak bagi tudung macam ni for free..ada yang interested tak?  ^_^ ***



9 comments:

  1. Wow.. Hebat!!
    Part yg blh masuk mesin basuh bnyk kali tu ira suka.
    Ira suka pakai tudung instant sbb senang, kalau yg x payah iron2 tu lagi la sgt2 suka..
    Cantik la tudung sha pakai tu.
    Ada size L x? 🤭

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  3. cantik tudungnya..akk pakai tudung bawal je sbb ringan & breathable..hari2 kena gosok tudung pun tkpe..

    ReplyDelete
  4. berminat jgk
    akak pun jarang sgt pakai shawl, lebih pilih tudung bawal...
    maksudnya awning tu pasang siap2 kt tudung lah ek... kiranya tudung bawal tu dh siap2 jd bentuk 3 segi?

    ReplyDelete
  5. Nad pun memang lagi suka pakai tudung bawal. Rasa macam takde tudung sarung awning ni. Tapi mungkin bila umur dah meningkat akan ada lah hahah. Sebab practical, orang datang rumah tinggal sarung je. Pantas.

    ReplyDelete
  6. perghhhh puas hati sgt dpt awning cmtu ! ray singgah balas kunjungan jugakkk

    ReplyDelete
  7. wah cantik terbentuk ! mell teringin nak pakai tudung sarung tapi rasa macam xsesuai aja muka ni haha

    mellyacrayola.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. pakai bawal nampak muda seploh taun kot. kte pun suka pakai bawal..

    ReplyDelete

Beli buku beli pen,
Tulis nota buat catatan
Terima kasih sudi komen,
kunjungan kembali dijanjikan.