Skip to main content

Pertolongan Cemas : PITAM

            Pitam atau nama lainnya tidak sedarkan diri atau pengsan . Jika anda mengalami situasi dimana kawan-kawan atau ahli keluarga anda tiba-tiba pitam, ini adalah apa yang perlu anda lakukan.

          Pitam adalah satu keadaan iaitu kekurangan bekalan darah ke otak untuk seketika waktu. Antara penyebab pitam adalah, berpanas terlalu lama,terlalu letih dan kelaparan,kesakitan yang teramat sangat (tindakbalas saraf terhadap kesakitan),berada pada persekitaran yang terlalu sesak,disebabkan oleh emosi sebagai contoh,terkejut,melihat kejadian yang mengerikan serta mabuk darah yang mana menyebabkan pembuluh darah membesar (vasodilation) dengan tiba-tiba menyebabkan kekurangan darah kembali ke jantung dan seterusnya kekurangan peredaran darah ke otak.

          Tanda-tanda seseorang mangsa akan pitam adalah, muka menjadi pucat,mangsa akan berpeluh sejuk,denyutan nadi cepat tetapi lemah ( sukar untuk dirasai),mengadu pening,loya dan pandangan menjadi kabur. Apa yang perlu lakukan jika mangsa pitam secara tiba-tiba,

       
Pertama sekali, jangan angkat mangsa duduk atau berdiri semula kerana kedudukan baring mendatar itu dengan sendirinya akan memulihkan peredaran darah ke otak. Kemudian, baringkan mangsa di tempat yang teduh dan mempunyai pengaliran udara yang baik (tempat yang tidak sesak). Longgarkan pakaian mangsa jika ketat terutama di bahagian leher,dada dan abdomen. Seterusnya tinggikan bahagian kaki mangsa untuk mengembalikan peredaran darah ke jantung. Tukar posisi baringan mangsa kepada posisi mengiring jika mangsa muntah. Dudukkan mangsa apabila benar-benar pulih. Beri sedikit minuman kepada mangsa dan galakkan mangsa untuk menarik nafas.


         Jika anda berada dalam situasi ini, jangan panik dan bantulah mangsa. Langkah-langkah di atas akan sangat berguna dan dapat membantu dalam situasi tersebut. Semoga bermanfaat.
                                      catatan oleh : sya greenalista

100+ people read this>>>



Popular posts from this blog

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join. ♥ Tarikh tutup : Taktau lagi hahaha. Nanti sul bagitau. ♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peseta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain. ♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu. ♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :) Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)

"Makeover'' Jubah Terpakai Jadi Blouse

       Holaaa cute visitors 😘😘😘 Pokok pangkal entry harini bermula dengan bebelan Encik Suami... Jubah ni Sha jahit time nak ikut dinner jabatan. Dan Encik Suami kata  📢 "asal ada dinner/function  tak sah takbuat baju baru..pakainya sekali jer,pastu simpan dalam almari''😏 ....memang betul pon  ^_^  so terus dapat inspirasi nak makeover kepada benda lain, blouse contohnya...boleh pakai jalan-jalan selalu..duit pun jimat..sejuk wallet laki i🙏 . ini gambar asal sebelum makeover ..

Abang angkat..Adik angkat...boleh percaya ke??

       A;   " Dont worry laa syg,dia adik angkat i jerr..tak lebih dari tuu.."..                B:    " Tak laa syg..abg John Doe tu abg angkat bby jerrrrr.."        Pernah tak korang jumpa situasi  macam ni?..mungkin bukan pada diri korang sendiri..mungkin kawan-kawan atau orang di sekeliling korang..       Kalau  boyfriend or girlfriend  korang cakap " dia just adik/abang angkat i..tak lebih dari tuu" ..apa korang akan rasa?..dalam 100% kepercayaan korang pada  couple  korang,  confirm!   at least 0.5 %  dari 100% tu korang akan rasa cemburu dan rasa tak  secure ..betul tak?..kalau betul ,normal laa tu..      Yang pertama,sebab korang sayangkan  couple  korang..bak kata pepatah,cemburu tanda sayang.. so  memang akan timbul perasaan cemburu dengan kehadiran (baru) perempuan/lelaki lain dianta...