Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Pertolongan Cemas : PITAM

            Pitam atau nama lainnya tidak sedarkan diri atau pengsan . Jika anda mengalami situasi dimana kawan-kawan atau ahli keluarga anda tiba-tiba pitam, ini adalah apa yang perlu anda lakukan.           Pitam adalah satu keadaan iaitu kekurangan bekalan darah ke otak untuk seketika waktu. Antara penyebab pitam adalah, berpanas terlalu lama,terlalu letih dan kelaparan,kesakitan yang teramat sangat (tindakbalas saraf terhadap kesakitan),berada pada persekitaran yang terlalu sesak,disebabkan oleh emosi sebagai contoh,terkejut,melihat kejadian yang mengerikan serta mabuk darah yang mana menyebabkan pembuluh darah membesar ( vasodilation) dengan tiba-tiba menyebabkan kekurangan darah kembali ke jantung dan seterusnya kekurangan peredaran darah ke otak.           Tanda-tanda seseorang mangsa akan pitam adalah, muka menjadi pucat,mangsa akan berpeluh sejuk,denyutan nadi cepat tetapi lemah ( sukar untuk dirasai),mengadu pening,loya dan pandangan menjadi kabur. Apa yang perlu la

MESTI BACA..tanda-tanda seseorang kanak-kanak didera.

              Centre’s for disease control and prevention mengatakan bahawa, 499 kanak-kanak berumur 1 tahun mati akibat penderaan dalam tahun 2006. Anggaran 1 dari 5 orang kanak-kanak perempuan,manakala 1 dari 10 kanak-kanak lelaki mengalami penderaan seksual.

Apa yang perlu anda lakukan jika anda mengandung?

                  Beberapa hari yang lepas, bestfriend aku cakap dia mengandung. And she’s quite excited sebab ni kali pertama dia pregnant . Macam- macam benda dia Tanya kat aku sebab tak banyak pengetahuan mengenai kehamilan. Aku rasa kat luar sana ramai lagi yang tak banyak pengtahuan tentang kehamilan dan apa yang perlu dilakukan jika didapati positif mengandung terutamanya bagi wanita yang hamil kali pertama.Kat sini aku nak share sedikit info yang mungkin dapat bantu menambah pengetahuan korang. double lines means  korang positif mengandung..              

Now listening…….Unconditionally by Katy Perry

       Sejak beberapa bulan kebelakangan ni aku dihujani  bermacam-macam masalah.. start dari pertengahan bulan mac hingga bulan julai macam-macam benda jadi kat aku..tak cukup dengan masalah sendiri,masalah orang lain pon tumpang sekaki datang kat aku..gara-gara nak cover orang lain,aku sendiri yang kena tempias..tapi aku tak berkira sangat tolong dia,sebab dia baik kat aku..                     Sekarang aku anti betul dengan lagu katy perry unconditionally tu,maaf ya cik katy,bukan aku nak boikot lagu engkau ..tapi sejak aku minat lagu tu start dari time tu laa aku tiba-tiba kena banyak masalah..memang tak ada kaitan,tapi sekarang bila aku dengar lagu tu automatik aku teringat balik kat masalah-masalah aku tu walaupun boleh dikatakan mostly problem aku dah settle..sakit hati aku dengar lagu engkau tu..kalau dulu tiap malam sebelum tidur aku wajib dengar lagu tu..                     

Pewirawati Harapan…

    Di sekolah menengah aku dulu ada satu program yang dinamakan kem perwirawati harapan..selalunya kem ni akan berlangsung selama lebih kurang seminggu…dan tak semua student yang ikut program ni,hanya student yang terpilih sahaja..bagi pelajar yang terpilih dan  sudah melalui program ni akan bergelar perwirawati harapan..salah seorang perwirawati harapan tu tak lain dan tak bukan adalah aku sendiri huhu..(bangga…lah sangat)..          Okey..antara ciri-ciri student yang akan dipilih mengikuti program ni adalah : 1)        Bermasalah disiplin (merokok.hisap gam,bergaduh) 2)        Kerap ponteng & escape kelas 3)        Selalu Tak buat homework 4)        Melawan guru 5)        Ponteng kelas petang 6)        Escape aktiviti koko. 7)        Permintaan ibu-bapa pelajar (ni bagi student yang parents dia rasa student tu perlu ikut sebab bermasalah di rumah)