Beberapa hari yang lepas,bestfriend
aku cakap dia mengandung. And she’s
quite excited sebab ni kali pertama dia pregnant.
Macam- macam benda dia Tanya kat aku sebab tak banyak pengetahuan mengenai kehamilan.
Aku rasa kat luar sana ramai lagi yang tak banyak pengtahuan tentang kehamilan
dan apa yang perlu dilakukan jika didapati positif mengandung terutamanya bagi
wanita yang hamil kali pertama.Kat sini aku nak share sedikit info yang mungkin dapat bantu menambah pengetahuan
korang.
![]() |
double lines means korang positif mengandung.. |
Mula-mula sekali jika korang syak korang mengandung,lakukan ujian kehamilan melalui air kencing menggunakan UPT test kit yang korang boleh beli di mana-mana farmasi yang berdekatan. Jika keputusan ujian tu positif,sangat besar kemungkinan korang mengandung… (tapi tak semua UPT test ni tepat)..kemudian, korang pergilah ke klinik ibu dan anak yang berdekatan untuk pengesahan,booking,dan pemeriksaan lanjut.Seelok-eloknya korang pergi awal . Apa yang korang perlu bawa bersama semasa first visit adalah IC,dan salinan sijil nikah korang. Petugas kesihatan akan minta sampel air kencing korang untuk mengesan kehadiran gula dan protin dalam air kencing. Seterusnya diorang akan timbang dan ukur tinggi korang.
Kemudian korang akan dipanggil ke dalam bilik rawatan. Petugas kesihatan akan interview korang mengenai sejarah kesihatan korang,sejarah kesihatan keluarga korang dan sejarah haid korang contohnya bila kali pertama korang datang haid,pada usia berapa belas tahun,bila tarikh terakhir korang datang haid dan sebagainya. Kemudian petugas kesihatan tu akan ambil sampel darah korang,itu merupakan prosedur rutin yang akan dilakukan ke atas korang pada kali prtama korang datang untuk pemeriksaan kehamilan.
Seterusnya terdapat beberapa prosedur lagi yang akan
dilakukan ke atas korang contohnya pemeriksaan fizikal dari kaki ke
kepala..(semasa pemeriksaan ni korang kena bagi kerjasama sebab kebanyakan
bakal ibu yang mengandung kali pertama berasa segan untuk diperiksa,)..setiap
prosedur yang diorang buat kat korang tu adalah bersebab dan bukan untuk
suka-suka. Kemudian korang akan dibekalkan dengan 4 jenis ubat,petugas
kesihatan tu akan terangkan fungsi dan cara pengambilan ubat tu.Diorang juga
akan bagi korang nasihat mengenai cara menjaga kehamilan,the do’s and the don’t’s sepanjang kehamilan,cara berpakaian semasa
mengandung,pemakanan korang semasa hamil dan temujanji untuk pemeriksaan
kehamilan pada bulan yang akan datang.

Kebanyakan bakal ibu tak ambil serius pasal benda ni kerana
kurang pengetahuan tentang tujuan-tujuan pemeriksaan semasa kehamilan ni
dilakukan…. So future mothers out
there…don’t take it for granted…
Comments
Post a Comment
Beli buku beli pen,
Tulis nota buat catatan
Terima kasih sudi komen,
kunjungan kembali dijanjikan.