Skip to main content

Pewirawati Harapan…

    Di sekolah menengah aku dulu ada satu program yang dinamakan kem perwirawati harapan..selalunya kem ni akan berlangsung selama lebih kurang seminggu…dan tak semua student yang ikut program ni,hanya student yang terpilih sahaja..bagi pelajar yang terpilih dan  sudah melalui program ni akan bergelar perwirawati harapan..salah seorang perwirawati harapan tu tak lain dan tak bukan adalah aku sendiri huhu..(bangga…lah sangat)..
         Okey..antara ciri-ciri student yang akan dipilih mengikuti program ni adalah :
1)       Bermasalah disiplin (merokok.hisap gam,bergaduh)
2)       Kerap ponteng & escape kelas
3)       Selalu Tak buat homework
4)       Melawan guru
5)       Ponteng kelas petang
6)       Escape aktiviti koko.
7)       Permintaan ibu-bapa pelajar (ni bagi student yang parents dia rasa student tu perlu ikut sebab bermasalah di rumah)

(pendek kata program ni untuk pelajar-pelajar yang bermasalah di sekolah..kira ala-ala program pemulihan akhlak dalam sekolah)
      Aku pernah memegang title  pewirawati harapan ni time form 5 (2 kali doe)..aku masuk sebab nombor 2,3,5,6 dan 7..time aku form 4 aku memang jadi hantu sebab dapat classmate yang sama kepala dengan aku..escape kelas memang kepakaran kami  (even pernah kena kejar encik  Guard sebab panjat pagar belakang sekolah)..berkali-kali kena tangkap pon tak serik..sampaikan pak Guard tu dah cam muka ktaorg..cikgu kirim surat cinta kat mak aku,balik rumah kena lecture..tak serik jugak..last-last tercalon nama aku masuk program ni (n geng-geng aku)..seminggu aku masuk kem ni aku rasa nak mati,tiap hari kena kena rendam dalam air sejuk..petang kena rendam dalam air lumpur..macam training army..meniti atas batang..bergayut..panjat tembok..fuhhh balik rumah dah macam zombie tak cukup tidur..memang serik laa,dan aku berikrar nak jadi budak baik,tak langgar disiplin..(memang aku tak langgar lepas tu)
maaf takda picture sebenar..time tu fon kena sita..wuuuu
           
       Tapi selang beberapa bulan lepas tu aku tercalon lagi masuk program tu..kali ni bukan sebab aku langgar disiplin..tapi sebab nombor 7..haaaa..mak aku sendiri yang request kat guru kelas aku supaya masukkan aku semula dalam kem ni… (kau ada???)..sebab aku gaduh ngan dia kat rumah gara-gara cikgu..
    
         Time aku form 5,aku rapat dengan salah seorang cikgu yang mengajar kelas ktaorg..cikgu lelaki..dia merupakan cikgu baru kat sekolah ktaorg (fresh graduate) dan mengajar subjek matematik ..aku dengan dia kira couple laa,tapi masa tu aku muda lagi,tak matang dan belum faham sangat bab-bab cintan-cintun ni…bila aku dah matang ni baru aku sedar bagi aku tu Cuma cinta monyet dan aku tak ada perasaan sayang pon kat dia..aku layan pon sebab aku rasa glamour (cikgu minat doe)..time tu memang naik nama aku kat sekolah woo..sampai ke junior form 1 tau pasal aku..bila ada kelas petang atau kelas tambahan dia akan jemput dan hantar aku..(nak taknak aku kena pergi kelas)..kat situ laa mak aku mula suspek something wrong,..aku cakap  dia cikgu aku,tak lebih dari tu..tapi mak aku masih ragu (jangan main-main dengan instinct seorang ibu)..last-last terkantoi juga,mak aku dapat tau dari salah seorang pakcik guard di sekolah (boleh tahan dahsyat mak aku jadi penyiasat persendirian,boleh ganti Sherlock holmes)..balik sekolah aku kena lecture,mak aku cakap dia tak suka sebab cikgu tu tak professional..dan usia aku masih muda,SPM pon tak lepas lagi..(ok apa calon menantu cikgu..huhu)..aku bertikam lidah dengan mak aku..aku cakap ktaorg bukan buat salah,aku dah besar,boleh buat keputusan sendiri bla..bla..bla..”paaakkkkk!!”..tapak tangan mak aku singgah kat pipi kiri aku..aku menangis (sebab sakit,bukan sebab frust putus cinta)..mulai dari hari tu,handphone aku kena sita sampai habis SPM..kelas tambahan mak aku sendiri turun padang hantar dan jemput aku..aku dengan cikgu tu tak ada kata putus,..aku tak pernah cakap dengan dia since peristiwa tu..
     Tak lama lepas tu,nama aku tercalon sekali lagi masuk kem pewirawati harapan..(hasil undian mak aku..thanks mom),..so aku pegang title pewirawati harapan sebanyak 2 kali dalam tahun yang sama..fuhhh serik oo..program ni bagus sebenarnya,kira insaf juga laa aku lepas 1 minggu kena paksa berdisiplin..program ni terbahagi dua, untuk lelaki dinamakan kem pewira harapan..untuk perempuan kem pewirawati harapan..pelajar lelaki dan pelajar perempuan akan ditempatkan di kem yang berasingan..
     aku bersyukur pernah masuk program ni sebab kalau aku tak ‘diubah’ masa tu,aku confident aku  tak akan jadi siapa aku sekarang ni..aku tak akan berpeluang menceburi bidang yang aku memang  minat tahap ninja turtle sejak dari umur aku 9 tahun lagi (yupp,that’s who I am now)..
          
      And thanks mom..sebab reject ‘bakal menantu cikgu’ yang tak jadi tu..sekarang aku realise betapa immature nya aku masa tu..huuuuuuuu..
              

       

Comments

Popular posts from this blog

"Makeover'' Jubah Terpakai Jadi Blouse

       Holaaa cute visitors 😘😘😘 Pokok pangkal entry harini bermula dengan bebelan Encik Suami... Jubah ni Sha jahit time nak ikut dinner jabatan. Dan Encik Suami kata  📢 "asal ada dinner/function  tak sah takbuat baju baru..pakainya sekali jer,pastu simpan dalam almari''😏 ....memang betul pon  ^_^  so terus dapat inspirasi nak makeover kepada benda lain, blouse contohnya...boleh pakai jalan-jalan selalu..duit pun jimat..sejuk wallet laki i🙏 . ini gambar asal sebelum makeover ..

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join. ♥ Tarikh tutup : Taktau lagi hahaha. Nanti sul bagitau. ♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peseta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain. ♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu. ♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :) Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)

Sebab-sebab perempuan tak layan lelaki

       Okey guys.. pernah tak korang?? nak tackle perempuan ended with  tak kena layan.. even  tak kena pandang  pon??..selalunya first impression korang... "ciss..sombong!..tak lawa mana pon.."..betul tak?..perempuan kalau jenis yang suka melayan selalu kena cop murahan..kalau jual mahal korang cakap sombong lak..lelaki suka minta gambar perempuan, kalau lawa boleh ajak couple.. kalau tak lawa sepantas kilat jari tu tekan button 'block'.. kan kan kan..hihi...tapi TAK SEMUA lelaki   camtu..         Perempuan yang tak layan lelaki tak semestinya diorang tu sombong..diorang mesti ada sebab dan alasan tersendiri..antara sebab-sebab perempuan tak layan lelaki..?