Skip to main content

Adat Manusia..Antara Batu dan Permata..

             Mengisahkan seorang manusia yang memiliki sebiji batu yang sangat cantik dan unik. Dia menjadikan batu itu perhiasan dalam rumahnya. Batu itu menjadi kebanggaannya kerana setiap kali rakan-rakannya berkunjung ke rumahnya keunikan batu itu menjadi perbualan mereka..pada suatu hari dia terjumpa sebiji batu lain yang juga sangat cantik dan bersinar..dia membawa batu itu pulang dan meletakkannya di sebelah batu kesayangannya..namun keunikan batu baru itu jauh lebih unik berbanding batu yang lama dan kini menjadi batu kesayangannya..batu yang lama mulai diabaikan dan dibiarkan berhabuk...salah seorang rakannya menyuarakan hasrat untuk membeli batu lama yang sudah berhabuk itu. Dia dengan senang hatinya menyerahkaan batu itu secara percuma kepada rakannya itu.
sumber dari abg google..
           
          Beberapa bulan kemudian,dia mulai menyedari batu miliknya kini mulai pudar sinarnya..berbeza dengan batu yang diserahkannya kepada rakannya dulu,walaupun sudah bertahun-tahun disimpan di rumahnya namun  sinarnya masih seperti hari pertama dia menjumpainya. Pada suatu hari,dia mengunjungi sahabatnya itu..dan bertanya, "ke mana kah kau simpan batu yang ku beri dulu? Aku tidak melihatnya di mana-mana,apa kau sudah membuangnya?"..sahabatnya itu tersenyum dan menjawab, " Batu itu sudah ku jual beberapa minggu yang lepas,"..dia bertanya lagi,"Ada kah orang yang mahu membeli batu yang sudah lusuh itu?"sahabatnya menepuk bahunya, " Harga batu itu sangat mahal sehingga aku mampu membeli sebuah banglo tiga tingkat",..dia berpaling kepada sahabatnya itu seakan tidak percaya.."Batu yang kau beri padaku itu,rupanya sebutir permata asli yang belum digilap," sambungnya lagi..dia hanya mampu terdiam setelah mendengar penjelasan sahabatnya itu. Dia membatalkan niat untuk mendapatkan batu itu kembali yang mana merupakan tujuan utama kedatangannya ke rumah sahabatnya pada hari itu.
           
          The End cerita batu..sebenarnya cerita tu cuma sebagai contoh dan ala-ala perumpamaan yang aku nak kongsi dalam entry kali ni..memang adat manusia bila dah kehilangan sesuatu or seseorang barulah nak tercari-cari dan sedar betapa pentingnya dan berharganya si 'dia' atau si 'barang' tu..masa tu memang dah terlambat untuk dapatkan semula apa yang dah kita buang! so..supaya kita tak jadi orang yang menjilat ludah sendiri..hargailah dan syukurilah apa yang kita ada sekarang..even nakkan benda yang baru tapi yang dah lama tu jangan dibuang kalau masih elok..ada masa memerlukan..kalau si 'dia' pulak, hargailah dia 10 kali lebih sepertimana dia hargai korang...remember..learn to appreciate what you have before time makes you appreciate what you had..untuk renungan bersama..peringatan buat diriku sendiri..


                              catatan oleh : sya greenalista

50+ people read this>>>
                     

Popular posts from this blog

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join. ♥ Tarikh tutup : Taktau lagi hahaha. Nanti sul bagitau. ♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peseta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain. ♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu. ♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :) Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)

"Makeover'' Jubah Terpakai Jadi Blouse

       Holaaa cute visitors 😘😘😘 Pokok pangkal entry harini bermula dengan bebelan Encik Suami... Jubah ni Sha jahit time nak ikut dinner jabatan. Dan Encik Suami kata  📢 "asal ada dinner/function  tak sah takbuat baju baru..pakainya sekali jer,pastu simpan dalam almari''😏 ....memang betul pon  ^_^  so terus dapat inspirasi nak makeover kepada benda lain, blouse contohnya...boleh pakai jalan-jalan selalu..duit pun jimat..sejuk wallet laki i🙏 . ini gambar asal sebelum makeover ..

Abang angkat..Adik angkat...boleh percaya ke??

       A;   " Dont worry laa syg,dia adik angkat i jerr..tak lebih dari tuu.."..                B:    " Tak laa syg..abg John Doe tu abg angkat bby jerrrrr.."        Pernah tak korang jumpa situasi  macam ni?..mungkin bukan pada diri korang sendiri..mungkin kawan-kawan atau orang di sekeliling korang..       Kalau  boyfriend or girlfriend  korang cakap " dia just adik/abang angkat i..tak lebih dari tuu" ..apa korang akan rasa?..dalam 100% kepercayaan korang pada  couple  korang,  confirm!   at least 0.5 %  dari 100% tu korang akan rasa cemburu dan rasa tak  secure ..betul tak?..kalau betul ,normal laa tu..      Yang pertama,sebab korang sayangkan  couple  korang..bak kata pepatah,cemburu tanda sayang.. so  memang akan timbul perasaan cemburu dengan kehadiran (baru) perempuan/lelaki lain dianta...