Tadi aku terbaca sebuah entry dari Syahirah Valiant mengenai pasangan muda yang baru berkahwin baru-baru ini..pengantin lelaki berusia 15 tahun manakala pengantin perempuan pula berusia 17 tahun..bak kata Syahirah,jodoh tak mengenal usia tak mengenal waktu..cepat atau lambat semuanya ketentuan yang maha Esa..by the way selamat pengantin baru kepada pasangan tersebut dan selamat menempuh alam baru, semoga berkekalan sehingga ke Jannah..

Aku memang salute dengan pasangan ni kerana pada usia yang muda mereka memutuskan untuk menamatkan zaman bujang dan bersedia untuk menggalas tanggunggjawab serta komitmen yang besar selepas ini...kenapa aku cakap macam tu?..sebab aku adalah manusia yang paling takut dengan perkataan komitmen tu...tak tau kenapa..mungkin juga disebabkan oleh mindset aku sendiri....mula-mula bercinta..kemudian berkahwin..seterusnya..memiliki cahaya mata..nah! part tu yang aku tak sure sama ada aku mampu ataupun tidak..macam-macam persoalan timbul dalam kepala otak ..mampukah aku jadi seorang ibu yang baik?..mampukah aku jadi ibu yang akan menjadi contoh dan ikutan kepada anak-anakku?..mampukah aku membahagikan masa antara kerja dan anak-anak?..mampukah aku mendidik anak-anakku dengan sempurna??....mampukah?????
"Apa laa kau ni sha..belum cuba lagi dah fikir bukan-bukan..kalau orang lain mampu..kenapa kau tak??"..(teguran seorang sahabat suatu masa dahulu)..memang betul tu..mungkin satu hari nanti bila aku dah bergelar sebagai seorang mama ..mindset tu akan hilang dengan sendirinya..kalau diorang yang jauh lebih muda dari aku.. umur 15-17 tu dah bersedia dan mampu ke arah itu..kenapa aku tidak!..kan..(feelin inspired)..
singgah blogwalking kat sini ..
ReplyDeletecantiknya template blog awak ni..:)
terima kasih.. :) ..harap tak menyakitkan mata pengunjung..hehe
DeleteSeronok gak kawen muda. Nnt anak2 dah besar, mak bapak pun muda2 lagi..
ReplyDeleteHehe..tu laa..macam adik beradik kan..
ReplyDeleteZaman ibubapa tok nenek kita dulu..memang ramai yang kahwin muda namun semuanya atas semangat kekeluargaan yang tinggi.. Ibubapa pasangan masing2 mengenali rapat walaupun anak yang mereka nikahkan bercinta selepas nikah... huhu... sekarang?
ReplyDeletebetul2 . ntah bersedia ke tak ye . huhuu
ReplyDelete