Skip to main content

Tipu..tipu..dan tipu..

           Sekarang baru aku sedar dunia disekeliling aku ni penuh dengan penipu dan penyagak...bukan orang lain,tetapi kawan baik di tempat kerja aku sendiri!..zaman sekarang,demi duit orang sanggup gadaikan nilai persahabatan..bila diri sendiri dah tertipu dan terjerumus tanpa jalan keluar..mula laa nak sembelih kawan baik sendiri..
           Peristiwa ni terjadi pada aku baru-baru ni..aku dan Shanty(bukan nama sebenar) bekerja dalam satu unit yang sama..persahabatan kami boleh dikatakan agak rapat..pada satu petang,Shanty mengajak aku keluar minum. Masa tengah syok berborak kat kedai minum tu, datang seorang perempuan sebaya aku, katanya kawan lama si Shanty. Ida (bukan nama sebenar) datang bersama dua orang lagi rakannya, cassidy dan siti ( bukan nama sebenar)..Shanty lantas mempelawa mereka bertiga untuk join minum sekali.

          Pada mulanya aku berasa seronok dengan kehadiran mereka kerana mereka bertiga sangat peramah dan mesra seakan-akan dah kenal aku lebih sepuluh tahun..si Cassidy kemudiannya mempelawa aku untuk join satu bisnes, katanya Shanty,Ida dan Siti dah join bisnes ni..tapi dia belum menerangkan bisnes jenis apa yang dimaksudkan. Ida kemudiannya membuka kisah sedih hidupnya sebelum masuk bisnes tersebut, kisah bagaimana dia perlu menyara ibunya yang sakit serta bilangan adiknya yang ramai. Bapa Ida pula sudah lama meninggal dunia. Menurut Ida sekarang dia sudah mampu membiayai kos rawatan ibunya serta mengirim wang belanja sebanyak RM1000 sebulan. Pada masa tu aku rasa mulai terpancing. Siapa yang tak nak extra income lebih weiiiii.
          Bila aku cakap aku rasa macam berminat untuk join , mereka terus mempelawa aku untuk berjumpa dengan seseorang yang akan menerangkan lebih lanjut mengenai bisnes yang dimaksudkan. Aku pon ikut laa dorang ni ke ofis mereka which suprisingly terletak kat sebelah kedai makan tu je. Aku kemudiannya diperkenalkan dengan cikgu Nasir (bukan nama sebenar), cikgu Nasir memperkenalkan produk-produk syarikat yang dorang jual..jujur aku tak pernah dengar pon brands item dorang tu. Beliau kemudiannya merangkan jumlah keuntungan dan pendapatan yang bakal kita dapat bila join bisnes ni..terbeliak biji mata aku tengok angka-angka yang katanya bakal masuk setiap bulan dalam akaun aku..bukan sa,puluh,ratus..tapi ribu..in fact kalau rajin  leh cecah puluh ribu!..seriesly siapa yang tak akan cakap WOWWW!..
        Masuk part kedua,beliau menerangkan tentang cara nak berjaya dalam bisnes ni, jawatan dan gelaran-gelaran masing, the more u invite orang lain the more keuntungan dan percentage u dapat. Cisssss!! masuk part tu aku dah faham what is this all about...walaupun aku tak cerdik, tapi aku tak bodoh!..aku tau laa selok-belok benda camni..aku kenal sangat sistem Piramid ni!..produk bukan keutamaan tapi yang penting headhunting untuk dijadikan mangsa..
        Aku bertahan kat situ sebab tunggu nak dengar dia cerita tentang modal lak..katanya untuk jadi member leh bayar RM2102 jerrrrr tapi..tapi..tapi..kalau nak untung cepat dan ambik jawatan lebih tinggi kena sediakan RM40k!..kalau tak ada duit dorang akan arrange untuk buat loan bank. (aku dah agak dah)..geramnyaaaaaa aku dengan si Shanty ni..aku rasa sekarang dia perlukan aku (mangsa baru) sebab nak cover bayar loan bank yang dia buat masa join bisnes menipu ni.
        Mulanya aku kesian gak sebab aku rasa di pon dah rasa tertipu sekarang and no turning back..tapi bila aku fikir balik, rasa marah pon ada sebab selama ni aku anggap dia kawan baik aku..tak sangka lak dia nak jahanamkan aku sekali ngan dia..tergamak ko! but,guess what?..aku cakap kat dia aku nak join sekali (sebenarnya aku tipu jerrrrr)..mula-mula aku cakap nak jadi member jer pastu dia brainwash aku kaw-kaw pujuk ambil position yang lebih tinggi..means kena bayar 40k (pastu dia akan dapat komisyen yang lebih tinggi kalau dapat tarik aku)..
         Jangan harap laa aku nak terpancing..aku tak cakap lagi sebenarnya aku dah tau taktik dorang..apa yang dorang tau sekarang ada anak ikan baru untuk digoreng ( aku)..dorang betul-betul ingat aku dah termakan umpan..Cikgu Nasri duk whatsapp aku minta slip gaji dan penyata bank..Shanty lak duk puji aku..aku buat pilihan yang tepat laaaa..aku bagus laa.. ada usaha untuk majukan hidup laa..bla3...ko tak tau yang ko pun dah kena tipu ngan aku sekarang...leh buat cerita ni.."kawan tertipu..cuba menipu..dah kena tipu.." ...
       

Comments

  1. wow... sadis bila oramg yang rapat dengan kita/yang kita percaya cuba nak tipu kita...
    nasib baik awak cepat sedar...
    saya kalau bab mlm ni... memang tolak awal2 lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaaa..sakit hati tahap naga bila kena macam ni..kalau bukan bff dah lama makan kasut kot..

      Delete
  2. tindakan yang bijak. biar hilang kawan seorang daripada menanggung beban yang tak sepatutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuu...sengsara tanggung hutang berpuluh-puluh K tu..lagipon makan duit dengan menipu ni tak berkat..

      Delete
  3. menda2 ni memang x leh percaya sgt

    ReplyDelete
  4. menakutkan menatang MLM ni kan
    ramai dah kena tipu dengan menatang ni
    apapun well done, bukan semua mampu "lari"

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...ramai yang dah rugi + gulung tikar sebab benda ni...huhu

      Delete
  5. Banyak sebenarnya orang yang macam Shanty tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma Sha yang tak expect akan kena dengan kawan sendiri..

      Delete

Post a Comment

Beli buku beli pen,
Tulis nota buat catatan
Terima kasih sudi komen,
kunjungan kembali dijanjikan.

Popular posts from this blog

"Makeover'' Jubah Terpakai Jadi Blouse

       Holaaa cute visitors 😘😘😘 Pokok pangkal entry harini bermula dengan bebelan Encik Suami... Jubah ni Sha jahit time nak ikut dinner jabatan. Dan Encik Suami kata  📢 "asal ada dinner/function  tak sah takbuat baju baru..pakainya sekali jer,pastu simpan dalam almari''😏 ....memang betul pon  ^_^  so terus dapat inspirasi nak makeover kepada benda lain, blouse contohnya...boleh pakai jalan-jalan selalu..duit pun jimat..sejuk wallet laki i🙏 . ini gambar asal sebelum makeover ..

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join. ♥ Tarikh tutup : Taktau lagi hahaha. Nanti sul bagitau. ♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peseta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain. ♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu. ♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :) Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)

Sebab-sebab perempuan tak layan lelaki

       Okey guys.. pernah tak korang?? nak tackle perempuan ended with  tak kena layan.. even  tak kena pandang  pon??..selalunya first impression korang... "ciss..sombong!..tak lawa mana pon.."..betul tak?..perempuan kalau jenis yang suka melayan selalu kena cop murahan..kalau jual mahal korang cakap sombong lak..lelaki suka minta gambar perempuan, kalau lawa boleh ajak couple.. kalau tak lawa sepantas kilat jari tu tekan button 'block'.. kan kan kan..hihi...tapi TAK SEMUA lelaki   camtu..         Perempuan yang tak layan lelaki tak semestinya diorang tu sombong..diorang mesti ada sebab dan alasan tersendiri..antara sebab-sebab perempuan tak layan lelaki..?