13.8.15

5 Fakta Tentang Perempuan Bila Bersendirian

    Terdapat beberapa fakta mengenai perempuan yang mana mungkin korang (lelaki) kat luar sana tak pernah tahu sebelum ini..aku pernah terbaca mengenai fakta-fakta ni dalam sebuah majalah Inggeris...mungkin ada yang betul dan juga mungkin tak semua perempuan buat macam tu..fakta tentang perempuan bila mereka bersendirian..

credit : Google
                             
1) Stalk Ex – perempuan bila bersendirian rajin stalk bekas/ bekas-bekas teman lelaki . Selalunya medan pilihan nombor satu tak lain dan tak bukan FACEBOOK.. alaa kalau stalk ex pon bukan sebab rindu atau terkenang kisah lama..saja nak tau life dorang sekarang macam mana..dah kahwin ke belum, lawa tak bini dia,berapa orang anak..pastu mula laa nak banding siapa lagi lawa..(opppssss)

2) Kentut main lepas – ni aku rasa bukan perempuan saja yang buat..dah nama sorang-sorang kan buat apa nak  control ayu tahan nak kentut..hahahaha! (aku tak ngaku k ^_^)


3) Sleeping Beauty – perempuan bila sorang-sorang tak tau nak buat apa, boleh tidur sehari semalam direct…mungkin tak semua..tapi fakta yang ini aku setuju!..aku kalau tak tau nak buat apa boleh tidur sampai 12 jam..bangun,mandi,solat,makan…tidur balik!..keburukannya..bila malam tak dapat tidur lak!

4) Buat muka comel depan cermin – yang ni pon aku setuju!..kalau kat public buat gitu nanti orang kata kau gedik lak kan..kalau dalam bilik sorang-sorang, sukahati laa nak buat muka comel ke muka horror  depan cermin dengan rambut ala hantu kak Limah..lantak lerrr kan..
                                            

5) Boleh tahan tak mandi 3 hari – oii!.. melampau!..yang ni sumpah aku tak buat..aku rasa tak ramai kot perempuan yang ada tabiat tak mandi sampai 3 hari..tak tau laa kalau orang kat Negara barat..sebab article yang aku baca tu omputih yang tulis..agaknya laaa..hihi

5 comments:

  1. Assalamualaikum...
    hai!

    Saya ada jual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank dan etc

    jemput tengok blog saya
    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ig saya

    @nurnasuha96_

    whatsapp +60196117811

    ReplyDelete
  2. haha., dahsyat tul pmpuan nih kn.,

    ReplyDelete
  3. Ermmm...rahsia terbongkar...mcm pengalam sendiri je ni hehe (jokes2)...salam perkenalan...

    ReplyDelete
  4. Tak mandi sampai 3 hari tu belah-belah barat tu time musim sejuk..

    ReplyDelete

Beli buku beli pen,
Tulis nota buat catatan
Terima kasih sudi komen,
kunjungan kembali dijanjikan.