Skip to main content

Repost :: Bahana Gadjet

  Apa yang aku nak kongsikan hari ini bukan la hendak  mengaibkan atau menyalahkan sesiapa, tetapi untuk dijadikan pengajaran dan pedoman kita semua. Pada minggu yang lepas seorang remaja berusia 12 tahun telah dirogol oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya dari media sosial wechat. Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan baru dikenalinya selama sebulan. Di mana dan bagaimana dia dirogol..yang tu biar laa rahsia ekk..

    Dalam hal ni siapa yang harus dipersalahkan?? ..gadjet dan media sosial??..gadjet tak datang bergolek..salah diri sendiri??..50%, ..tapi pada usia 12 tahun aku percaya pemikiran pada usia ni belum matang lagi dan mudah terpengaruh. Salah ibu bapa?..mungkin, dalam 20%..yang pertama kurang pengawasan terhadap anak-anak. Tapi bagi ibu-bapa yang bekerja memang agak mustahil untuk mengawasi anak-anak selama 24 jam. Yang kedua, terlalu awal mendedahkan anak-anak dengan gadjet yang mana akhirnya disalahguna. Salah perubahan zaman yang semakin canggih dan moden?..ermm mungkin ya mungkin tak..tak kan laa sampai selama-lamanya kita nak berada di takuk yang lama kan...Di zaman aku berusia 12 tahun, aku cuma kenal TV dan komputer sahaja..zaman sekarang budak 8 tahun pon dah reti main ipad.
       Tetapi tak dapat dinafikan kepentingan gadjet terutamanya telefon. Pada pendapat aku, mistake kat sini adalah pendedahan terlalu awal kepada gadjet yang terlalu canggih..tak salah kalau kita bekalkan anak-anak dengan gadjet seperti telefon, untuk memudahkan anak-anak menghubungi ibu-bapa. Tetapi jangan leka dalam memantau aktiviti anak-anak agar tidak disalahguna sehingga merosakkan diri sendiri. Kebanyakan kes sebegini memang selalunya bermula dengan gadjet dan rakan karibnya media sosial.
       Itu pada pendapat aku laa..aku belum merasa lagi mempunyai keluarga dan anak-anak..aku tak pasti pendapat para ibu dan para bapa kat luar sana bagaimana..kalau korang tak setuju dengan pendapat aku atau ada pendapat lain untuk dikongsi..ringan-ringankanlah tangan untuk kongsikan pendapat korang di kotak komen ya..terima kasih..

Comments

Popular posts from this blog

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join. ♥ Tarikh tutup : Taktau lagi hahaha. Nanti sul bagitau. ♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peseta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain. ♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu. ♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :) Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)

"Makeover'' Jubah Terpakai Jadi Blouse

       Holaaa cute visitors 😘😘😘 Pokok pangkal entry harini bermula dengan bebelan Encik Suami... Jubah ni Sha jahit time nak ikut dinner jabatan. Dan Encik Suami kata  📢 "asal ada dinner/function  tak sah takbuat baju baru..pakainya sekali jer,pastu simpan dalam almari''😏 ....memang betul pon  ^_^  so terus dapat inspirasi nak makeover kepada benda lain, blouse contohnya...boleh pakai jalan-jalan selalu..duit pun jimat..sejuk wallet laki i🙏 . ini gambar asal sebelum makeover ..

Abang angkat..Adik angkat...boleh percaya ke??

       A;   " Dont worry laa syg,dia adik angkat i jerr..tak lebih dari tuu.."..                B:    " Tak laa syg..abg John Doe tu abg angkat bby jerrrrr.."        Pernah tak korang jumpa situasi  macam ni?..mungkin bukan pada diri korang sendiri..mungkin kawan-kawan atau orang di sekeliling korang..       Kalau  boyfriend or girlfriend  korang cakap " dia just adik/abang angkat i..tak lebih dari tuu" ..apa korang akan rasa?..dalam 100% kepercayaan korang pada  couple  korang,  confirm!   at least 0.5 %  dari 100% tu korang akan rasa cemburu dan rasa tak  secure ..betul tak?..kalau betul ,normal laa tu..      Yang pertama,sebab korang sayangkan  couple  korang..bak kata pepatah,cemburu tanda sayang.. so  memang akan timbul perasaan cemburu dengan kehadiran (baru) perempuan/lelaki lain dianta...