28.4.17

Bukan Cerita Dongeng : Berat Bahu Yang Memikul

                   Kisah seorang suami yang setia menjaga isterinya yang terlantar sakit berbulan-bulan di hospital. Seawal jam 6 pagi si suami sudah bangun untuk memandikan isterinya di atas katil dengan bantuan misi-misi yang bertugas. Si suami kemudian menyuap si isteri perlahan-lahan sarapan yang dibekalkan hospital. Setiap hari rutin yang sama sejak 3 bulan si isteri masuk wad dan tidak mampu bergerak. Walaupun tiada senyuman pada wajah si suami, namun beliau tidak pernah mengeluh.
                                                   Related image
                 Selesai memandikan dan memberi sarapan pada si isteri,si suami menghilangkan diri selama hampir satu jam sebelum
kembali semula ke sisi si isteri. Sekali itu sahajalah setiap hari si suami meninggalkan isterinya "pergi makan sikijap"..katanya. Begitulah rutin harian si suami.
             Setiap pagi si suami akan pergi ke kantin hospital untuk menjamu selera mengisi perut kosong. Segelas air kosong,secawan mi cup ,menu beliau setiap pagi. Itulah breakfast,itulah lunch dan dinner beliau. Menu sekali untuk tenaga sepanjang hari. Beliau kemudian termenung mengenang anak di sekolah asrama yang kini belajar dalam tingkatan 4. Duit simpanan semakin berkurang cukup-cukup untuk belanja sekolah anak  dan kos perubatan si isteri. Terdetik hati si suami untuk mencari kerja,namun keadaan si isteri yang sangat memerlukan sokongan emosi ketika ini membuatkan hatinya berbelah-bagi.
             Dengan situasi dan dilema sebegitu,wajarlah tiada senyuman yang pernah kelihatan terpancar di wajah beliau.

Dunia yang penuh warna-warni
1001 pengajaran  pahit mahupun manis
Dalam kita bergelak ketawa di sini
Di sana ada yang menangis......................bersyukurlah..

2 comments:

Beli buku beli pen,
Tulis nota buat catatan
Terima kasih sudi komen,
kunjungan kembali dijanjikan.