Skip to main content

Kenali Si Pembohong...

 Pernahkah anda ditipu,tertipu dan menipu?....ditipu atau dibohongi mungkin perkara yang sering terjadi pada kita..namun tiada siapa pun yang suka atau mahu dibohongi..mari kita kenali lebih lagi ciri-ciri seseorang yang sedang menipu/berbohong..
      Cara mudah mengesan seseorang itu berbohong, yang pertama adalah melalui ekspresi muka..biasanya micro-expression seseorang yang sedang berbohong akan menunjukkan emosi dan tekanan (distress) dicirikan dengan menarik kening ke atas ke arah tengah dahi seperti gambar di bawah..

        Cara yang kedua adalah melalui kelakuan beliau. Pembohong cenderung menyentuh hidung dengan kerap semasa berbohong, ini disebabkan oleh rush of adrenalin pada kapilari hidung yang menyebabkan hidung menjadi gatal.
         Cara yang ketiga adalah dengan memerhati pada gerakan mata. Bila seseorang yang dominan menggunakan tangan kanan sedang berbohong,anak mata mereka akan bergerak ke atas ke arah kanan. Sebaliknya bagi seseorang yang kidal. Kurang atau tiada eye-contact.
      Cara yang keempat, perhatikan keadaan fizikal beliau. Pembohong selalunya akan berpeluh lebih banyak daripada biasa disebabkan oleh ketakutan. dan malu. Selain itu beliau juga akan teragak-agak untuk mengangguk jika ditanya soalan.
    Cara yang kelima adalah melalui pemerhatian terhadap kerongkong dan pernafasan si pembohong. Bila seseorang berbohong,penghasilan adrenalin akan meningkat dan si pembohong akan sering menelan air liur . Pernafasan mereka juga akan menjadi lebih cepat.
     Cara yang keenam, melaui ungkapan lisan juga boleh memberi petunjuk sesorang itu sedang berbohong..antaranyaa, mereka akan.. :
 1) mengulang semula kata-kata anda semasa menjawab soalan.
 2) meminta soalan yang sama diulang atau seakan-akan tidak memahami soalan yang senang.
 3) bercakap dengan cara yang sukar difahami dan sering berhenti di pertengahan ayat atau gagal menghabiskan ayat.
 4) mengulang-ulang kenyataan yang sama secara tidak sengaja.
       Dalam kehidupan seharian kita sering berdepan dengan pelbagai jenis ragam dan karenah manusia di sekeliling kita . Menentukan jika seseorang itu sedang berbohong mungkin dapat membantu menyelamatkan anda dari menjadi mangsa penipuan.



       

Comments

  1. kalo catatanirissha pernah bohong ngga :D

    ReplyDelete
  2. P Ramlee ckp, bohong sunat... hihihi... honestly, bukan mudah utk berbohong, badan kita x restu - tu pasal kluar segala tanda2. Kecuali pembohong profesional.... :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Beli buku beli pen,
Tulis nota buat catatan
Terima kasih sudi komen,
kunjungan kembali dijanjikan.

Popular posts from this blog

"Makeover'' Jubah Terpakai Jadi Blouse

       Holaaa cute visitors 😘😘😘 Pokok pangkal entry harini bermula dengan bebelan Encik Suami... Jubah ni Sha jahit time nak ikut dinner jabatan. Dan Encik Suami kata  📢 "asal ada dinner/function  tak sah takbuat baju baru..pakainya sekali jer,pastu simpan dalam almari''😏 ....memang betul pon  ^_^  so terus dapat inspirasi nak makeover kepada benda lain, blouse contohnya...boleh pakai jalan-jalan selalu..duit pun jimat..sejuk wallet laki i🙏 . ini gambar asal sebelum makeover ..

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join. ♥ Tarikh tutup : Taktau lagi hahaha. Nanti sul bagitau. ♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peseta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain. ♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu. ♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :) Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)

Sebab-sebab perempuan tak layan lelaki

       Okey guys.. pernah tak korang?? nak tackle perempuan ended with  tak kena layan.. even  tak kena pandang  pon??..selalunya first impression korang... "ciss..sombong!..tak lawa mana pon.."..betul tak?..perempuan kalau jenis yang suka melayan selalu kena cop murahan..kalau jual mahal korang cakap sombong lak..lelaki suka minta gambar perempuan, kalau lawa boleh ajak couple.. kalau tak lawa sepantas kilat jari tu tekan button 'block'.. kan kan kan..hihi...tapi TAK SEMUA lelaki   camtu..         Perempuan yang tak layan lelaki tak semestinya diorang tu sombong..diorang mesti ada sebab dan alasan tersendiri..antara sebab-sebab perempuan tak layan lelaki..?