2021 - semoga lebih baik dari tahun 'semalam' !
Agak terlewat dah nak wish happy new year ye dakk...lama 'bercuti' dek kerana covid dan ahli keluarga baru kami memang tak menang tangan nak update blog.
Jun 2020 lahirnya puteri tercinta kami diberi nama 'Y...A' . Fasa buzy tak menang tangan memanjang tu mak-mak boleh relate kan..tapi sebelum tu lagi memang dah buzy memanjang dengan cuti kena beku bagai angkara covid...nasib baik En.Imam kiter faham plus banyak membantu...since beliau bekerja dari rumah so dapat laaa bantu sikit-sikit kat rumah. Mesin jahit pon dah lama tolak tepi.
Si kenit kami dah 7 bulan sekarang so dah senang sikit mama ni sebab dia dah merangkak.. Sekarang dah pandai demand,tantrum,memilih dan sewaktu dengannya...paling sakit part nak turun kerja..nak kena melayan drama dia dulu..nampak je Sha sarung baju kerja start laaa dia dan ragamnya bergayut tak nak lepas...end up Sha buatkan baju, exactly macam baju kerja mama dia ni..dia suka weyhh!..
Sekarang sebelum turun kerja, sarungkan sekali 'baju kerja' dia...kurang sikit drama..nanti pengasuh tukarkan baju lain..
Gitulah life Sha nowadays..sampai bila nak layankan macam ni tak tau laaaa..layankan ajer dulu...kalau dah tak jalan trick tu nanti...kemudian fikir..(tepuk dahi)
Comel baju sedondon dengan emaknya. Hehe kena pujuk cara begitu.
ReplyDeleteTerima kasih kerana melawat blog saya.
^_^
Deletecomelnyaa diaa aihhh
ReplyDelete