kali ni aku nak
share tentang relationship(relationship ada
banyak jenis)..tak kira laa apa jenis relationship
suami isteri ke..boyfriend girlfriend
ke,’its complicated’ ke..yang
semestinya ada kaitan dengan give and
take,yang mana aku rasa merupakan salah satu elemen penting dalam sesebuah relationship..
sebelum tu aku
nak tegaskan kat sini entry kali ni bukan bermaksud aku pernah lalui banyak
pengalaman bercinta sebelum ni..tak,apa yang aku kongsi kali ni berdasarkan apa
yang terjadi di sekeliling aku dan
berdasarkan luahan-luahan perasaan dari bestfriend-bestfriend
aku..(actually aku sendiri pernah
berada dalam situasi macam ni,dapat laa ilham nak post..huhu..tapi once je)
Kenapa pentingnya
give and take dalam sesebuah
perhubungan?kalau direct translate give
and take bermaksud memberi dan menerima.. In terms of relationship,give and take bermaksud
penerimaan,tolak-ansur,kesabaran dan memahami situasi satu sama lain
(pasangan)..ok aku bagi satu contoh..
Kisah ni based on true story bestfriend aku sendiri..shila(bukan nama sebenar)dah 6 bulan
bercinta dengan Ikram(juga bukan nama sebenar)dan hubungan diorang berjalan
dengan lancar malahan diorang plan nak sampai ke jinjang pelamin..everything seems perfect hingga laa pada
satu hari Shila ditransfer bertugas
ke kawasan pendalaman..di tempat baru,Shila dan Ikram sukar untuk menghubungi
satu sama lain kerana di kawasan tersebut susah nak access internet dan rangkaian telefon hanya boleh dapat di kawasan
tinggi seperti tanah tinggi,bukit (dan tak lupa atas pokok)..jangankan nak
call,nak mesej pon si Shila ni terpaksa pergi
kat kawasan yang tinggi sikit (dan dah berkali-kali kena kejar babi
hutan)semata-mata nak tau khabar buah hati tercinta walaupun cuma sekali
seminggu..pada mulanya Ikram boleh menerima keadaan..lama-kelamaan Ikram mulai
bosan,nak contact pun seminggu sekali
je..dan Ikram mulai berubah dan bersikap dingin..sering menyalahkan Shila dan
melemparkan tuduhan yang bukan-bukan(”ke u saja je cakap takda internet access tapi sebenarnya dah ada
orang lain kan?”)..berasap telinga si Shila,then terjadi laa perang dunia
ketiga..(yelaa sapa pon tak tahan kena tuduh benda yang tak betul)..Ikram
semakin tak dapat menerima keadaan sekarang..Ikram mulai hilang kesabaran dan
tidak memahami situasi Shila..so..give
and take dalam hubungan diorang ..
totally out…....end of the story??..jeng..jeng..jeng,
Tak perlu laa
aku expose apa kesudahan kisah
diorang ni..rasanya korang pon dah tau
apa yang bakal terjadi..see..dalam
sesebuah perhubungan perlu ada penerimaan,tolak-ansur,sabar dan memahami..perlu give and take..tapi ni just opinion aku ..lain orang lain
pendapat..mungkin bagi orang yang memahami situasi Ikram confirm-confirm laa backup dia dan tak menyalahkan dia berubah sikap sampai macam tu..bagi yang
faham keadaan Shila pula confirm akan cakap,’takpa kumbang bukan
seekor..say goodbye je laa’…apa pon
biar laa diorang tentukan..harap takda yang emo lak baca entry kali ni..BUANG
YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH..
#juzwannashare#
Comments
Post a Comment
Beli buku beli pen,
Tulis nota buat catatan
Terima kasih sudi komen,
kunjungan kembali dijanjikan.