Skip to main content

Bahana media sosial..

            Orang kata kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa..tapi zaman sekarang  kerana facebook nama binasa..di media sosial ni kita kena berhati-hati dengan apa yang kita post..terutamanya facebook..aku ambik contoh facebook sebab ada kaitan ngan entry aku kali ni and facebook media sosial paling femes dengan spy..jeng3..the latest one yang telah menimbulkan ketidak puasan hati sesetengah pihak..seorang penjawat awam yang berpangkat pegawai telah dilabel menghina kerana post beliau di FB yang seakan-akan merendah-rendahkan tempat beliau bertugas..keratan post FB ni aku dapat dari media sosial lain sebab aku bukan spesis yang minat sangat bukak FB..
sumber dari wechat..
           
 Lately post ni semakin femes kat wechat..aku tak pasti jugak siapa si penyebar tu..mungkin jugak penduduk local tempat tu yang terasa hati ngan statement cik puan ni kot..aku letak dalam entry bukan sebab nak tolong sebar ek..no,no,no..kalau aku betul nak buat macam tu aku tak kan edit dan blurkan muka minah ni..aku tak mau minah ni bertambah femes..dah cukup makan banyak sumpah seranah orang dah cik minah ni..
           Kadang-kadang bila kita terlalu excited nak mengepost..kita lupa nak menjaga sensitiviti orang lain..dalam tak sedar kita menyinggung perasaan orang lain..ya memang aku tau, FB engkau,sukahati engkau lah nak letak statement dalam tu..tapi benda ni bila public dah baca memang tak dapat nak tarik balik dah..nak2 lagi statement yang menyentuh sensitiviti sesetengah pihak..bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata tak boleh nak tarik balik..kalau FB/media sosial lain boleh tarik balik tak?..unfortunately belum sempat korang nak delete orang dah copy pasta sebar kat tempat lain..and poooooff!..sekelip mata korang femes dihujani komen-komen sweet berbau sumpah-seranah caci-maki orang kat luar sana. Even orang yang tak pernah tau korang wujud pon mula search pasal korang..
            Inilah yang terjadi pada cik kajol kat atas tu..mungkin dia tak sengaja or tak berniat nak menyakitkan hati mana-mana pihak..atau mungkin juga dia memang nak cari populariti..who knows..komen-komen orang tentang post tu tak ada satu pon yang positif..mostly tak puas hati..ada jugak yang mengugut bagai..tapi satu komen berbunyi begini.."Nampak sangat ko tak ikhlas me*** pe*****..tempat yang ko hina tu tempat ko cari makan..sekolah tinggi-tinggi tak guna kalau tak beradab.." which aku rasa betul!..
          Moral of the story..periksa sebelum makan,beringat sebelum kena,fikir sebelum cakap,preview sebelum post!...hihi..


                                  catatan oleh : sya greenalista       


  i00+ people read this>>>

Popular posts from this blog

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join. ♥ Tarikh tutup : Taktau lagi hahaha. Nanti sul bagitau. ♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peseta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain. ♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu. ♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :) Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)

Baju Raya RM20

        Ok kali ni cerita"  last minute punya pasal''. Almaklumlah tahun ni tak dapat cuti raya sis sedeyyyyyyyy😭😭...cuti tak dapat,nak shopping raya tak sempat, feel nak sambut raya tahun ni memang hampehhh😒.       Awalnya tak terfikir nak buat@beli baju raya...haritu kami pergi kedai kain saja nak tengok offer  . Sempat memborong 2-3 pasang kain...salah satunya yang dalam gambar kat bawah ni jatuh cinta😍 pandang pertama gitu..Harga sehelai RM28,apek👴 tu kasi RM20,rembat terus!!

"Makeover'' Jubah Terpakai Jadi Blouse

       Holaaa cute visitors 😘😘😘 Pokok pangkal entry harini bermula dengan bebelan Encik Suami... Jubah ni Sha jahit time nak ikut dinner jabatan. Dan Encik Suami kata  📢 "asal ada dinner/function  tak sah takbuat baju baru..pakainya sekali jer,pastu simpan dalam almari''😏 ....memang betul pon  ^_^  so terus dapat inspirasi nak makeover kepada benda lain, blouse contohnya...boleh pakai jalan-jalan selalu..duit pun jimat..sejuk wallet laki i🙏 . ini gambar asal sebelum makeover ..