Skip to main content

Penyakit-penyakit Bawaan Seks..

        Berikut merupakan beberapa contoh jenis  penyakit yang boleh berjangkit melalui hubungan seks  tanpa perlindungan:



1)  Syphilis/sifilis
          Syphilis merupakan sejenis penyakit kelamin berjangkit yang disebabkan oleh organisma Treponema pallidum. Organisma ini berupaya hidup di luar kaviti badan manusia selama 10-12 jam. Syphilis boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan kawasan yang dijangkiti penyakit ini contohnya hubungan seks dengan pasangan yang sudah dijangkiti syphilis. Tanda-tanda syphilis adalah seperti berikut, kehadiran nanah, ulser dan ruam  yang dapat dilihat pada kulit di bahagian sulit lelaki atau perempuan. Jika anda disahkan mengalami syphilis,segeralah mendapatkan rawatan awal untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan seperti, keguguran,kegagalan fungsi organ dan sebagainya.

2) Gonorrhea
         Gonorrhea merupakan sejenis penyakit kelamin berjangkit yang senang dirawat. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Neisseria Gonorrhea. Bakteria ini boleh hidup di kawasan tubuh badan manusia yang lembap. Gonorrhea juga berjangkit melalui sentuhan langsung pada kawasan yang dijangkiti seperti aktiviti seksual tanpa perlindungan. Tanda- tanda seseorang dijangkiti gonorrhoea adalah  seperti berikut iaitu, keluaran cecair bernanah dari kemaluan,sakit semasa kencing dan berak. Gonorrhea sering dikaitkan dengan kurang jagaan kebersihan di bahagian alat sulit. Namun,ianya boleh dirawat dan untuk mengelakkan jangkitan,penggunaan kondom adalah disarankan semasa melakukan aktiviti seksual.

3) Herpes
        Herpes disebabkan oleh jangkitan virus iaitu Herpes Simplex Virus (HSV). Virus ini terdiri daripada 2 kumpulan iaitu HSV type 1 (oral) dan HSV type 2 (genitalia). HSV type 2 adalah yang paling sering dijumpai . Kes jangkitan HSV type 2 adalah sebanyak 85%. Virus ini merebak melalui sentuhan pada HSV yang aktif semasa aktiviti seksual. Jangkitan Herpes boleh berlaku berulang. Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat jangkitan Herpes adalah seperti, kehadiran ulser dan nanah seakan-akan kudis pada bahagian kemaluan lelaki mahupun perempuan serta sakit semasa kencing.

4) Hepatitis B
         Hepatitis B boleh merebak melalui darah dan cecair badan lain melalui hubungan seks tanpa perlindungan dengan pasangan yang telah dijangkiti virus ini. Perkongsian jarum dan pencukur juga boleh  menyebabkan jangkitan virus Hepatitis B. Jangkitan ini tidak dapat dirawat dengan sepenuhnya, tetapi aktiviti virus dapat dikawal dengan ubat dan terdapat vaksin yang boleh mencegah jangkitan ini. Antara tanda-tanda jangkitan virus Hep B adalah seperti loya,air kencing berwarna keruh,dan cepat letih.

5) HIV/AIDS
          Virus HIV bertindak melemahkan sistem pertahanan badan melawan penyakit. Sistem imun badan seseorang yang dijangkiti HIV akan menjadi lemah. Kes yang paling kerap berlaku adalah pesakit mendapat jangkitan virus ini melalui hubungan seks tanpa perlindungan. Pesakit yang dijangkiti virus ini tidak akan menunjukkan apa-apa simptom untuk beberapa tahun. Oleh itu, ujian darah perlu dilakukan untuk mengenalpasti status jangkitan.
   
         Selain daripada 5 jenis penyakit yang disenaraikan di atas,terdapat beberapa jenis lagi penyakit bawaan seks yang lain. Tetapi penyakit-penyakit di atas adalah yang paling common dan paling banyak dikesan di kalangan masyarakat hari ini. Namun begitu,ianya masih belum terlambat untuk dicegah. Elakkan dari sering bertukar pasangan seks ataupun pilihlah untuk melakukan hubungan seks yang selamat dengan perlindungan. Ingat, mencegah lebih baik dari mengubati.
   #maaf tak include picture penyakit..sensored#
                                    catatan oleh : sya greenalista


100+ people read this>>>

        

Popular posts from this blog

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join. ♥ Tarikh tutup : Taktau lagi hahaha. Nanti sul bagitau. ♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peseta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain. ♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu. ♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :) Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)

Baju Raya RM20

        Ok kali ni cerita"  last minute punya pasal''. Almaklumlah tahun ni tak dapat cuti raya sis sedeyyyyyyyy😭😭...cuti tak dapat,nak shopping raya tak sempat, feel nak sambut raya tahun ni memang hampehhh😒.       Awalnya tak terfikir nak buat@beli baju raya...haritu kami pergi kedai kain saja nak tengok offer  . Sempat memborong 2-3 pasang kain...salah satunya yang dalam gambar kat bawah ni jatuh cinta😍 pandang pertama gitu..Harga sehelai RM28,apek👴 tu kasi RM20,rembat terus!!

"Makeover'' Jubah Terpakai Jadi Blouse

       Holaaa cute visitors 😘😘😘 Pokok pangkal entry harini bermula dengan bebelan Encik Suami... Jubah ni Sha jahit time nak ikut dinner jabatan. Dan Encik Suami kata  📢 "asal ada dinner/function  tak sah takbuat baju baru..pakainya sekali jer,pastu simpan dalam almari''😏 ....memang betul pon  ^_^  so terus dapat inspirasi nak makeover kepada benda lain, blouse contohnya...boleh pakai jalan-jalan selalu..duit pun jimat..sejuk wallet laki i🙏 . ini gambar asal sebelum makeover ..