9.12.14

CCTV dalam fitting room?

         Macam-macam taktik pemilik kedai zaman sekarang nak kesan pencuri bagi mengelakkan kerugian..terbaru aku baca post member aku pagi tadi, CCTV berbentuk penggantung baju diletakkan dalam fitting room..

           
      Sejauh mana kesahihan cerita ni pon aku tak pasti dan tak tau siapakah pihak yang telah membongkar penemuan tersebut..namun,tak salah jika kita jadikan isu ini sebagai langkah berjaga-jaga dan berwaspada terutamanya bagi kaum wanita..
          Mungkin pemilik kedai tu mempunyai rasional tersendiri kenapa beliau perlu meletakkan CCTV dalam fitting room tersebut..tetapi pada pendapat aku,agak kurang sopan laa..mana letaknya customer's privasi?..untung laa staf yang kerja kat kaunter or in charge untuk memantau CCTV ni sebab hari-hari dapat tengok free show...