Skip to main content

Bahana Gadjet

        Apa yang aku nak kongsikan hari ini bukan la hendak  mengaibkan atau menyalahkan sesiapa, tetapi untuk dijadikan pengajaran dan pedoman kita semua. Pada minggu yang lepas seorang remaja berusia 12 tahun telah dirogol oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya dari media sosial wechat. Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan baru dikenalinya selama sebulan. Di mana dan bagaimana dia dirogol..yang tu biar laa rahsia ekk..
 
    Dalam hal ni siapa yang harus dipersalahkan?? ..gadjet dan media sosial??..gadjet tak datang bergolek..salah diri sendiri??..50%, ..tapi pada usia 12 tahun aku percaya pemikiran pada usia ni belum matang lagi dan mudah terpengaruh. Salah ibu bapa?..mungkin, dalam 20%..yang pertama kurang pengawasan terhadap anak-anak. Tapi bagi ibu-bapa yang bekerja memang agak mustahil untuk mengawasi anak-anak selama 24 jam. Yang kedua, terlalu awal mendedahkan anak-anak dengan gadjet yang mana akhirnya disalahguna. Salah perubahan zaman yang semakin canggih dan moden?..ermm mungkin ya mungkin tak..tak kan laa sampai selama-lamanya kita nak berada di takuk yang lama kan...Di zaman aku berusia 12 tahun, aku cuma kenal TV dan komputer sahaja..zaman sekarang budak 8 tahun pon dah reti main ipad.
       Tetapi tak dapat dinafikan kepentingan gadjet terutamanya telefon. Pada pendapat aku, mistake kat sini adalah pendedahan terlalu awal kepada gadjet yang terlalu canggih..tak salah kalau kita bekalkan anak-anak dengan gadjet seperti telefon, untuk memudahkan anak-anak menghubungi ibu-bapa. Tetapi jangan leka dalam memantau aktiviti anak-anak agar tidak disalahguna sehingga merosakkan diri sendiri. Kebanyakan kes sebegini memang selalunya bermula dengan gadjet dan rakan karibnya media sosial.
       Itu pada pendapat aku laa..aku belum merasa lagi mempunyai keluarga dan anak-anak..aku tak pasti pendapat para ibu dan para bapa kat luar sana bagaimana..kalau korang tak setuju dengan pendapat aku atau ada pendapat lain untuk dikongsi..ringan-ringankanlah tangan untuk kongsikan pendapat korang di kotak komen ya..terima kasih..

Comments

Popular posts from this blog

Muka Cantik Hati Binatang

Sebab-sebab perempuan tak layan lelaki

Okey guys..pernah tak korang?? nak tackle perempuan ended with tak kena layan..even tak kena pandang  pon??..selalunya first impression korang... "ciss..sombong!..tak lawa mana pon.."..betul tak?..perempuan kalau jenis yang suka melayan selalu kena cop murahan..kalau jual mahal korang cakap sombong lak..lelaki suka minta gambar perempuan, kalau lawa boleh ajak couple..kalau tak lawa sepantas kilat jari tu tekan button 'block'..kan kan kan..hihi...tapi TAK SEMUA lelakicamtu..

      Perempuan yang tak layan lelaki tak semestinya diorang tu sombong..diorang mesti ada sebab dan alasan tersendiri..antara sebab-sebab perempuan tak layan lelaki..?

Jom Berkenalan Dengan Ziefa Soap

     First of all,entry ni tidak dibayar oleh mana-mana pihak (i just share it due to the outcome thats really works for me which i love it!) So tak ada istilah biased ea awak2 dan entry ni sedikit panjang so Sha cuba make it as interesting as possible ^_^