21.3.15

"SUPERBUG"

           Pernah dengar tak tentang 'Superbug'? Korang tau apa itu Superbug?..pertama kali aku dengar perkataan Superbug ni masa aku masih study kalau tak silap..Superbug ni bukan laa sejenis cerita kartun atau cerita-cerita superhero cam superman,spiderman cicakman dan sewaktu dengannya..superhero-superhero kerja dorang menyelamatkan manusia..Superbug pula kerjanya membunuh spesis manusia..jeng3..apa tu????
         Superbug merupakan sejenis bakteria yang membawa gene NDM-1..apa itu NDM-1?( sila klik baca sendiri ekk..sebab kalau aku nak explain dalam entry ni tak habis satu malam aku taip)..pendek cerita Superbug ni sangat kuat dan antibiotic resistance,dalam erti kata bahasa yang lebih mudah, susah/ tak dapat dibunuh ("superman" paling kuat seperti carbapenem (sejenis antibiotik) pon tak dapat bunuh Superbug)..


       
Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti pneumonia (jangkitan pada paru-paru), jangkitan pada buah pinggang, darah,usus, salur kencing dan sebagainya,penggunaan ubat antibiotik yang berlebihan atau disalahguna merupakan faktor penyebab kemunculan Superbug...apabila bakteria ini menyerang tubuh seseorang, ianya agak susah untuk dirawat kerana bakteria ini mudah berjangkit,tahan lasak dan merbahaya. Bakteria ini boleh merebak melalui sentuhan (sebab itu pentingnya amalan mencuci tangan)..
        Adakah kes Superbug pernah berlaku di Malaysia??..yuppp!..kes pertama dilaporkan berlaku di salah sebuah Hospital di Selangor pada tahun 90 something..pada tahun 2012 kadar kematian disebabkan oleh Superbug meningkat dari 9% kepada 10% (lebih tinggi dari GST)..Tujuan aku share tentang  Superbug ni just nak tekankan antara salah satu  kepentingan dan kebaikan mencuci tangan..nampak remeh kan..tapi mampu mencegah dan menyelamatkan nyawa..kita tak boleh nampak bakteria kat mana-mana unless kita mempunyai microscopic eyes .. sebelum kita mendapat penyakit yang sampai ke tahap tak dapat diubati camni..cara yang terbaik adalah..MENCEGAH.

3 comments:

Beli buku beli pen,
Tulis nota buat catatan
Terima kasih sudi komen,
kunjungan kembali dijanjikan.