Skip to main content

"SUPERBUG"

           Pernah dengar tak tentang 'Superbug'? Korang tau apa itu Superbug?..pertama kali aku dengar perkataan Superbug ni masa aku masih study kalau tak silap..Superbug ni bukan laa sejenis cerita kartun atau cerita-cerita superhero cam superman,spiderman cicakman dan sewaktu dengannya..superhero-superhero kerja dorang menyelamatkan manusia..Superbug pula kerjanya membunuh spesis manusia..jeng3..apa tu????
         Superbug merupakan sejenis bakteria yang membawa gene NDM-1..apa itu NDM-1?( sila klik baca sendiri ekk..sebab kalau aku nak explain dalam entry ni tak habis satu malam aku taip)..pendek cerita Superbug ni sangat kuat dan antibiotic resistance,dalam erti kata bahasa yang lebih mudah, susah/ tak dapat dibunuh ("superman" paling kuat seperti carbapenem (sejenis antibiotik) pon tak dapat bunuh Superbug)..

       
Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti pneumonia (jangkitan pada paru-paru), jangkitan pada buah pinggang, darah,usus, salur kencing dan sebagainya,penggunaan ubat antibiotik yang berlebihan atau disalahguna merupakan faktor penyebab kemunculan Superbug...apabila bakteria ini menyerang tubuh seseorang, ianya agak susah untuk dirawat kerana bakteria ini mudah berjangkit,tahan lasak dan merbahaya. Bakteria ini boleh merebak melalui sentuhan (sebab itu pentingnya amalan mencuci tangan)..
        Adakah kes Superbug pernah berlaku di Malaysia??..yuppp!..kes pertama dilaporkan berlaku di salah sebuah Hospital di Selangor pada tahun 90 something..pada tahun 2012 kadar kematian disebabkan oleh Superbug meningkat dari 9% kepada 10% (lebih tinggi dari GST)..Tujuan aku share tentang  Superbug ni just nak tekankan antara salah satu  kepentingan dan kebaikan mencuci tangan..nampak remeh kan..tapi mampu mencegah dan menyelamatkan nyawa..kita tak boleh nampak bakteria kat mana-mana unless kita mempunyai microscopic eyes .. sebelum kita mendapat penyakit yang sampai ke tahap tak dapat diubati camni..cara yang terbaik adalah..MENCEGAH.

Comments

Post a Comment

Beli buku beli pen,
Tulis nota buat catatan
Terima kasih sudi komen,
kunjungan kembali dijanjikan.

Popular posts from this blog

"Makeover'' Jubah Terpakai Jadi Blouse

       Holaaa cute visitors 😘😘😘 Pokok pangkal entry harini bermula dengan bebelan Encik Suami... Jubah ni Sha jahit time nak ikut dinner jabatan. Dan Encik Suami kata  📢 "asal ada dinner/function  tak sah takbuat baju baru..pakainya sekali jer,pastu simpan dalam almari''😏 ....memang betul pon  ^_^  so terus dapat inspirasi nak makeover kepada benda lain, blouse contohnya...boleh pakai jalan-jalan selalu..duit pun jimat..sejuk wallet laki i🙏 . ini gambar asal sebelum makeover ..

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join. ♥ Tarikh tutup : Taktau lagi hahaha. Nanti sul bagitau. ♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peseta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain. ♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu. ♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :) Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)

Sebab-sebab perempuan tak layan lelaki

       Okey guys.. pernah tak korang?? nak tackle perempuan ended with  tak kena layan.. even  tak kena pandang  pon??..selalunya first impression korang... "ciss..sombong!..tak lawa mana pon.."..betul tak?..perempuan kalau jenis yang suka melayan selalu kena cop murahan..kalau jual mahal korang cakap sombong lak..lelaki suka minta gambar perempuan, kalau lawa boleh ajak couple.. kalau tak lawa sepantas kilat jari tu tekan button 'block'.. kan kan kan..hihi...tapi TAK SEMUA lelaki   camtu..         Perempuan yang tak layan lelaki tak semestinya diorang tu sombong..diorang mesti ada sebab dan alasan tersendiri..antara sebab-sebab perempuan tak layan lelaki..?